Selasa, 19 Mei 2015

Pada 10,16 dan 17 Mei 2015 yang lalu, kami seramai lapan orang mahasiswa Universiti Malaya mendokong nama Mathzik selaku nama kumpulan kami telah menjayakan program Ikatan Silaturrahim di Rumah Bakti Nur Syaheera(RBNS), Cheras. 
      
          Program yang diadakan selama 3 hari bersama adik-adik di Rumah Bakti Nur Syaheera(RBNS) bertujuan untuk membina silaturrahim di antara pelajar-pelajar mahasiswa dengan anak-anak yatim. Program ini juga merupakan satu daripada kos wajib universiti kami, jadi di samping menyempurnakan jam kredit kami untuk kos ini kami telah diberi suatu kesedaran tentang masyarakat luar selain daripada masyarakat di dalam kampus universiti.
 
          Kami berasa sungguh bertuah dapat merasai pengalaman menjalinkan ikatan ukhuwah antara kami dengan anak-anak yatim di sini. Melalui program ini kita dapat menimba pengalaman bagi pihak kami (mahasiswa) juga adik-adik RBNS yang mana sekaligus membuktikan keberkesanan objektif program ini seperti yang dirangka di dalam Kertas Kerja Projek(KKP). Sila rujuk Di SINI.

           Insyallah selepas ini kami akan bawakan paparan-paparan sepanjang program kami berlangsung selama tiga hari di RBNS.



Antara gambar-gambar penjaya program ini... :)
        

Tiada ulasan:

Catat Ulasan