Hari Jalinan Masyarakat Pertama
Tempat : Rumah Bakti Nur Syaheera (RBNS),Cheras.
Kami berlapan telah bertolak dari UM dengan pelbagai rasa (teruja,gembira,risau dan sbg.)
Maklumlah pertama kali menganjurkan program sendiri tanpa bantuan daripada pihak atasan seperti projek-projek kolej,fakulti dan kampus yang diketuai orang-orang yang berpengalaman...
Berbekalkan tunjuk ajar daripada pensyarah selaku penasihat proram ini,kami menjalankan ikatan silaturrahim bersama adik-adik RBNS.
Setibanya kami di RBNS, kami disambut adik-adik penghuni RBNS dengan mesra. Mereka pada ketika itu hanya seramai 18 orang daripada 25 orang penghuni. Selebihnya ada yang pulang ke kampung masing-masing memandangkan pada ketika itu waktu hujung minggu. Kelihatan di riak wajah adik-adik semuanya seperti tertanya-tanya apa yang bakal dilakukan pada hari itu.
Kami meminta adik-adik tersebut berhimpun untuk menjelaskan (briefing) program dan perkara yang akan dilakukan pada hari tersebut. Penjelasan di sampaikan oleh Zulhilmi, pengarah program. Seterusnya, memperkenalkan abang-abang dan kakak-kakak fasi pelaksana program ikatan silaturrahim ini.
Aktiviti diteruskan dengan acara memanaskan badan (dance) supaya adik-adik ini cergas di awal pagi. Selepas itu, sesi diteruskan dengan ice breaking yang mana adik-adik ini telah di bahagikan kepada tiga kumpulan melalui cabutan..(Ben 10,Frozen dan Tom and Jerry). Abang-abang dan kakak-kakak telah pergi ke group masing-masing untuk berkenalan dengan adik-adik RBNS dengan lebih dekat.
Selepas sesi ice breaking di dalam group, berehat sebentar untuk minum pagi daripada sumbangan yang diperoleh kepada penganjuran program ini...Kami amat berterima kasih kepada sponsorship kami yang sungguh bermurah hati memberi sumbangan, hanya Allah yang mampu membalas segalanya :) .... . Kembali berhimpun di dalam group masing-masing untuk sesi permainan "Fasi kata.." dan formula. Setiap kali selesai permainan adik-adik akan di soal pengajaran/nilai murni daripada permainan tadi.
Seterusnya, sesi Refreshing "karpap" dan "bimbam" dalam group tadi. Berdasarkan pemerhatian kami, adik-adik ini sangat suka sesi Refreshung ini. :) ... Selepas itu bermain permainan nota cinta"surat cinta" untuk menguji sejauh mana adik-adik di sini mengenali antara satu sama lain. Penjelasan dari fasi-fasi pengajaran daripada permainan tadi. Dan seperti dari pemerhatian kami tadi, mereka sangat suka sesi Refreshing dan meminta dilakukan berulang-ulang kali...
Sudah tiba masa untuk pulang, briefing untuk program yang akan datang dan bersurai. Jumpa lagi... :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan