Jumaat, 29 Mei 2015
Khamis, 28 Mei 2015
Rabu, 27 Mei 2015
Gambar-gambar Ikatan Silaturrahim
p/s: untuk melihat lebih banyak gambar aktiviti kami di RBNS boleh follow kami di Instagram @ikatansilaturrahimum
Diari Ikatan Silaturrahim Mathzik
17 MEI 2015
Hari Jalinan Masyarakat Terakhir
Tempat : Rumah Bakti Nur Syaheera, Cheras
Hari ini hari terakhir kami bersama adik-adik RBNS dalam program ikatan silaturrahim ini. Pagi itu cuaca mendung, hujan pun renyai-renyai. Seolah-olah seperti mengetahui hari itu hari terakhir jumpa dengan adik-adik semua. Apapun kami berharap dapat berjumpa kembali dengan adik-adik semua... :)
Jam 8 pagi kami bertolak dari UM dan tiba di RBNS lebih kurang jam 9 pagi. Ketika kami tiba, adik-adik ini sudah bersedia dan gembira melihat kami. Hari itu, ramai yang ada, dalam 3 orang sahaja yang tiada sebab balik kampung.
Seperti hari-hari sebelumnya, program bermula dengan 'briefing' program dari pengarah kami. Selepas itu, kami bersarapan bersama-sama dengan adik-adik ini, terima kasih kepada ibu pengarah kami yang bermurah hati memberi sarapan pada pagi itu. Sedang kami menjamu selera, tiba-tiba pensyarah kami membuat tinjauan ke RBNS..^_^..Terima kasih kerana sudi datang menjenguk kami. Pensyarah kami ada memberikan idea supaya akan datang kami pula yang bawa adik-adik RBNS ni datang ke UM.
Selepas bergambar kenang-kenangan adik-adik RBNS dengan kami bersama pensyarah, kami pun bersiap sedia untuk aktiviti hari ini. Seperti hari sebelumnya, kami menyediakan adik-adik ni dengan permainan-permainan yang menarik, inilah masanya adik-adik dan kami sendiri menjalinkan ukhuwah bersama di samping melupakan kerja-kerja belajar yang menimbun.
Permainan pertama ialah 'lastik tin'.Permainan ini melibatkan semua ahli kumpulan. Menggunakan getah lastik dan tin kosong minuman.Tin-tin di susun seperti menara,setiap peserta harus melastik tin-tin sehingga jatuh kesemuanya. Kumpulan yang terawal menjatuhkan kesemua tin-tin adalah pemenang. Permainan ini di menangi kumpulan B.
Permainan kedua ialah 'ready spaghetti'. Permainan ini memerlukan dua orang peserta dari setiap kumpulan. Alatan permainan ialah straw dan tin, peserta-peserta perlu membawa tin-tin ke kerusi seberang dengan menggunakan straw untuk membina menara yang terdiri daripada 3 tin. Permainan ini mungkin agak sukar sehingga berulang-ulang kali dimainkan. Akhirnya selepas banyak kali percubaan kumpulan B berjaya menjadi pemenang.
Sebaik sahaja permainan tamat kami pun berehat sebentar, selepas itu kami memanaskan badan dengan 'dance' bersama-sama adik-adik supaya mereka kembali cergas. Hari itu adik-adik telah berjaya menguasai 'dance' yang kami ajar bermula dari hari pertama. @_@
Permainan seterusnya ialah 'titl a cup'. Permainan ini memerlukan dua orang peserta dari setiap kumpulan. Permainan ini menggunakan bola ping pong dan 10 cup. Seorang peserta melantunkan bola ping-pong dan seorang lagi perlu memastikan bola-bola tadi masuk ke dalam cup. Kumpulan yang berjaya memasukkan kesemua cup dengan bola ping-pong adalah pemenang. Kumpulan yang berjaya ialah kumpulan B.(kalau semalam kumpualan A yang menang banyak kali, kali ini gilairan kumpulan B) :)..
Seterusnya, permainan menjaringkan bola ping pong ke dalam cup-cup yang berisi air. Kumpulan yang paling banyak menjaringkan bola ping-pong adalah pemenang. Permainan ini melibatkan kesemmua ahli. Permainan ini di menangi kumpulan A.(Berjaya merampas title pemenang kembali).^_^
Akak-akak dari sugarblissdesert yang menyediakan candy buffet untuk birthday party adik-adik RBNS ini tiba waktu sedang main. Sebaik permainan tamat, kami membawa adik-adik masuk ke dalam supaya adik-adik ini tak tahu surprise party mereka, walaupun mungkin ada yang dah macam tahu-tahu je..:)
Bagi melekakan adik-adik ini kami teruskan dengan pelbagai permainan lagi sehingga akak-akak tadi selesai menyiapkan candy buffet itu. Setelah selesai, kami pun membawa adik-adik ke party kecil-kecilan ini untuk raikan mereka semua dalam perjumpaan kami yang terakhir. Terima kasih kepada yang memberikan sumbangan kek kepada RBNS ini, Sugarblissdesert, ixxadelights dan airizbakery. Kek-kek semua memang sedap, boleh tempah kepada mereka semua ini..^_^
Detik perpisahan semakin menghampiri, kami mengakhiri program kami pada hari itu dengan penyampaian hadiah kepada kumpulan A dan B. Hamper sama je semua walaupun keseluruhan yang menang ialah kumpulan A..:). Kami turut menyampaikan cenderamata dari sumbangan orang ramai kepada adik-adik RBNS beserta duit poket. Kami menyampaikan sumbangan dana daripada orang ramai kepada pengasas RBNS yang berjumlah RM1100. Terima kasih kepada yang sudi menghulurkan sumbangan baik dalam bentuk wang mahupun makanan..^_^
Program telah pun berakhir, banyak mutiara-mutiara pengalaman yang kami kutip sepanjang program di bawah kursus jailnan masyarakat. Kami pasti akan merindui adik-adik RBNS nanti. Semoga kita berjumpa lagi pada masa akan datang...

16 MEI 2015
Hari Jalinan Masyarakat Kedua
Tempat : Rumah Bakti Nur Syaheera, Cheras
Merupakan hari kedua kami menjalankan program Ikatan Silaturrahim di RBNS. Pada hari ini,kami terlewat sampai di RBNS kerana selepas bergerak dari UM kami terus pergi mengambil sumbangan dari pelbagai pihak. Memang hari itu, rezeki adik-adik di RBNS sangat murah, banyak menerima sumbangan dalam bentuk makanan...Kami amat berterima kasih kepada yang sudi menghulurkan sumbangan untuk kami menjayakan program ini di RBNS. :)
Sebaik sahaja tiba di RBNS, kami mula 'set up' tempat, memandangkan hari ini lebih banyak permainan-permaianan yang menarik kami bawakan untuk adik2 di RBNS. Selepas mengumpulkan adik2 ni, pangarah kami membuka program dgn 'briefing' untuk perjalanan program pada hari ini. Selepas itu, kami melakukan aktiviti senamrobik yang di ketuai fasi Chiby (Farah Norazlin), fasi2 yg lain turut terlibat sama supaya terjalin hubungan antara kami dgn adik2 RBNS. Senamrobik pada hari itu ialah 'chicken dance' dan 'sakitnya tuh di sini...(permintaan adik2 RBNS pd mnggu lepas)'^_^
Memandangkan makanan hari ini banyak dan cuaca pada hari itu agak dingin, jadi kami berhenti minum pagi untuk 'recharge' semula tenaga selepas senamrobik. Kebetulan adik2 ni makan biskut je sarapan tadi, jadi bolehlah makan banyak2... :)
Hari itu, jumlah adik2 kurang sgt berbanding minggu lepas, rupanya pada hari itu ada yang ke sekolah menghadiri kelas tambahan. Memang menjadi kebiasaan sekolah-sekolah akan mengadakan kelas tambahan pada hari sabtu sekiranya perlu terutama pelajar UPSR,PT3 dan SPM.
Sebelum permainan bermula, kami membahagikan adik-adik ni ke dalam 2 kumpulan iaitu kumpula A dan kumpulan B. Permainan yang pertama ialah "movin on up". Permainan ini memerlukan seorang peserta dari setiap kumpulan. Permainan ini menggunakan 10 cup berwarna putih dan 1 yang diwarnakan biru. Peserta perlu menyusun cup sehingga cup yang berwarna tadi berada di atas, kumpulan yang paling cepat menyelesaikannya menjadi pemenang. Permainan ini diulang sebanyak 3 kali. Pemenang kumpulan ini ialah kumpulan A.
Permainan yang kedua ialah 'separation anxiety'. Permainan ini memerlukan dua orang peserta dari setiap kumpulan. Permainan ini sepatutunya menggunakan coklat m&m, tapi disebabkan kami terlupa membawanya kami menggunakan gula-gula cloud 9 sebagai gantinya. Peserta perlu mengasingkan gula-gula tadi kepada 4 jenis gula-gula yang berlainan, kumpulan yang paling cepat menyelesaikannya menjadi pemenang. Permainan ini diulang sebanyak 3 kali. Pemenang kumpulan ini ialah kumpulan A.
Permainan yang ketiga pula ialah 'karpet terbang'.Semua ahli kumpulan terlibat dalam permainan ini. Permainan ini menggunakan karpet kecil, di mana seorang peserta perlu duduk di atasnya dan bergerak sehingga garisan seberang, kemudian beralih kepada ahli yang lain. Kumpulan yang paling cepat menyelesaikannya menjadi pemenang. Permainan ini diulang sebanyak 3 kali. Pemenang kumpulan ini ialah kumpulan A.(kumpulan A lagi :)
Permainan seterusnya ialah menara kertas.Semua ahli kumpulan terlibat dalam permainan ini. Menggunakan pinggan kertas dan cup untuk membina menara. Setiap peserta harus meletakkan satu binaan sahaja dan disambung oleh peserta yang lain sehingga terbinanya menara yang kukuh dan stabil.Permainan ini diulang sebanyak 3 kali. Pemenang kumpulan ini ialah kumpulan A.(kumpulan A lagi, x pe kumpulan B..esok ade lagi ye.. ^_^..)
Masa amat mencemburui kami, selepas mengagihkan makanan tengahhari kami pun pulang, memandangkan adik-adik ini ada hal pada sebelah petang...Apapun kami sangat gembira bermain dengan adik-adik semua. Jumpa lagi esok! :)

Langgan:
Catatan (Atom)