Pada hari selasa minggu lalu,31 Mac 2015 kami telah mengadakan tinjauan di Rumah At-Taqwa' Putra Perdana Puchong. Rumah At-taqwa ini merupakan salah satu projek kelas rakyat di bawah Projek Iqra'. Di sana, terdapat seramai 40 orang anak-anak yatim dan anak yatim piatu yang berusia dari 6-13 Tahun. Di samping membuat tinjauan, kami turut menjadi sukarelawan sebagai tutor membantu anak-anak ini menyiapkan kerja sekolah.
Kami bertolak ke sana pada jam 5.00 petang untuk mengelak kesesakan lalulintas memandangkan jalan keluar ke pintu KL dari UM ini memang selalu sesak setiap petang. Kami perlu berada di sana pada jam 8.00 malam. Projek Iqra; ini akan mengadakan kelas rakyat atau Prep malam untuk anak-anak yatim di sini dengan bantuan sukarelawan sebagai tenaga tutor. Alhamdulillah kami tiba di sana pada jam 8.30 malam (terlewat sikit sebab x tahu jln T_T).
Setibanya kami di sana, kami disambut oleh seorang sukarelawan tetap di situ, beliau yang mengendali para sukarelawan yg hadir. Di sana, ada empat buah meja panjang yg mana setiap meja mengikut darjah dan tingkatan, setiap dua orang daripada kami akan ke satu meja dan membantu mereka menyiapkan kerja sekolah. Ini merupakan pengalaman pertama kami menjadi sukarelawan, mengendali dan beramah-mesra dgn kanak-kanak yg bukan adik-beradik sendiri.
Pelbagai kerenah dan telatah yg kami lihat di sini. Kami sendiri berasa senang dgn adik-adik di sini,kerana semuanya ramah-tamah dan tak malu dgn org lain. Ia menimbulkan rasa seronok meluangkan masa dgn adik-adik ini dan rasa ukhuwah harmoni itu timbul di hati-hati kami walaupun hanya dua jam bersama mereka.
Di akhir tinjauan kami, kami ingin melakukan aktiviti bersama anak-anak di sini memandangkan kami sendiri berasa selesa dgn ahli-ahli di rumah ini, tetapi tempat ini agak jauh dari universiti kami dan kami tidak mempunyai pengangkutan sendiri yg menyulitkan kami utk datang ke sini. Apa pun semua ini masih dalam perancangan... :)